Saturday, 10 November 2012

Gila Running Man!

Assalamualaikum....

Sekarang bukan main la kan, semua nak gila.. Bukan aku sowg je, boleh dikatakan semua yang aku kenal layan Running Man ni.. Aku dari tak layan cite ni terus aww!!! gilerrrr dahh.. Nampak tak kegedikan aku situ.. hahaha Blog aku tak ber"update" disebabkan cerita ni la, ada masa lapang je aku layan Running Man.. Tu salah satu faktor blog aku ni dah lama tak update.. hehe..

Macam mana aku boleh layan cerita ni pon aku tak tahu, tetiba je kot.. haha.. Tapi siyes la memang best Running Man ni.. Kepada orang orang yang tak minat Korea ni aku tak tahu la, mungkin bagi diorang diorang semua Running Man ni tak best.. Lain orang lain minat nya.. Macam aku minat Korea, tapi tak la sampai fanatik tahap gila gila.. 




Aku suka "Monday Couple" diorang ni.. Ji Hyo and Gary.. Shweettttt sangat.. Tak percaya korang tengok la sendiri.. 

Layan video ni sekejap...


Bye!




Sunday, 4 November 2012

Mari Mari Siapa Mahu!!

Assalamualaikum...

Straight to the point la, sekarang kan aku dok kat sini sarawak.. So, hari hari la aku sntiasa makan kek lapis.. Tak kira waktu, teringin je broommm moto.. Destinasi dayang saliha kek lapis.. Kalau dulu, bukan main payah lagi, teringin nak makan kek lapis mesti tertunggu tunggu sape la yang nak ke sarawak tu boleh la kirim.. Sekarang tak lagi.. hehehe..

Macam macam jenis kek lapis aku dah rasa, tapi yang terbaik buat masa ni dragon cheese sama cadbury cheese.. Dragon cheese tu kalo makan cair dalam mulut terus.. nyum nyum.. Tak percaya nanti rasa la kalo mahu.. hehehe.. Cadbury cheese tu memang betul betul coklat cadbury yang anda makan hari hari tu.. ^_^


mempersembahkan!!!







Chocolate cadbury

Aku balik semenanjung akhir bulan 1, time tu boleh la borong bebanyak bawak balik.. Kalau korang teringin, nak aku tolong belikan, InsyaAllah aku cuba.. ^_^ tengok betapa baiknya hati aku.. hehe

Bye!

Friday, 2 November 2012

Cerita Dari Hati..

Assalamualaikum...

Cuti midsem di sini agak membosankan.. Pagi petang siang malam nonton korea+running man+makan+tidur.. Study?? Memang pegang buku pon tak, update blog lagi la.. Bersawang terus blog ni.. Semua ni gara-gara tak dapat balik semenanjung la kot.. Siang malam asyik rindukan family je.. Hari-hari col diorang, pastu suruh adik-adik menyanyi lagu najwa latif, Sahabat.. Motif?? Mungkin sebab time aku duduk rumah diorang asyik nyanyi lagu tu.. So, bila aku duduk sini, sunyi je.. Tak ada dengar suara riuh rendah diorang..

Semalam hari jadi mama, aku hanya dapat col dan ucap je.. Selalu kitaorang adik beradik akan wat suprise.. Makan ramai ramai satu family, tapi semalam aku tak dapat.. Sedey.. menitik dah air mata.. huhuhu.. Aku kat sini asyik tak sihat je.. Kalau aku ada dengan diorang mesti dah dipicit nya kepala aku.. Aku kena la terpaksa bedikari.. Aku kan anak sulung.. Okey.. Nak sedapkan hati sendiri..

Lepas ni kalo cuti aku mestiwajib balik semenanjung.. Habiskan masa dengan family.. Bila dengan family semua masalah akan hilang, tengok muka mama abah automatik mesti hati ni lega+senyum..

 Mama.. SELAMAT HARI JADI.. kakak doakan mama panjang umur dan sentiasa tersenyum+berbangga dengan anak anak mama.. kakak rindu mama sesangat sangat.. Abah.. Terima kasih sebab sentiasa bersusah payah untuk anakmu yang jauh ni.. Sentiasa telefon tanya khabar, bagi semangat+nasihat.. InsyaAllah kakak ingat semua tu.. Kakak sayang semua.. ^_^

Friday, 19 October 2012

Busy Busy... Arghhhh!

Assalamualaikum...

Tengah aku dok study untuk test pukul 7.30pm kejap lg, tetiba bole pulak aku nak update belog.. motif?? Ini nama nya aku dah tension dok mentelaah teori yang memeningkan kepala aku..  Rasa nak pecah je dok menghafal bagai ni...

Raya Haji dah tak lama, semua orang packing packing barang nak balik.. Aku yang kat sini, termenung termenung dan terus termenung sebab aku tak balik.. Hanya mampu melihat je.. :'( 

Sebelum nak cuti tu, memang aku kat sini busy part ni memang aku tak suka.. Asignment belambak lambak, dengan kuiz lagi, yang paling penting midterm.. Adoii, yang ini entah la macamne.. Nak cuti sem je mesti ada midterm, tapi bagus la juga kan, bole la cuti seminggu tu tanpa pikir midterm dan yang lain lain tu.. Yeay!! tak sabarnya..!

Cuti ni aku tak decide lagi nak jalan jalan mana.. Aku ikut drebar aku je, dia nak bawa aku g mana.. Kat Sarawak ni apa tempat yang best ye? Tanya pakcik google kemain lagi semua tempat jejauh.. Tak ada yang dekat, tapi macam nak g Pantai Lundu.. Best ke idok ye... 


Bye!

Wednesday, 17 October 2012

Dibuli Sehingga Bunuh Diri

Assalamualaikum..

Jejalan sana sini, tiba tiba ternampak post/entry dari blog mana ntah.. Lupa sudah, itu tandanya aku banyak ber blogwalking.. acecechh.. Kisah ni berlaku bukan dalam negara kita, tapi luar negara.. Ada seorang gadis berusia 15 tahun, Amanda Todd didapati membunuh diri pada 10 October lalu.. Sebelum kematian nya, dia sempat memuat naik sebuah video di Youtube dengan menceritakan apa yang berlaku pada dirinya..

Malas la aku nak bercerita, tengok ni...


p/s : : nak dengar dengan lebih jelas sila lah tekan || atau pause di lagu tu.. harap maklum.. bye!




Misi telah bermula......

Assalamualaikum...




Misi aku untuk menambahkan berat badan telah bermula.. Wah.. Kemain ye engkau syima.. Aku bukan nak gemok.. Sekadar menambah lemak lemak supaya berat badan aku normal.. Standard la kan, bila orang kurus minta jadi berisi dan sebalik nya..

Mulai dari hari ni saat ini, hari hari setiap pagi aku nak minum susu+coklat ni.. Tapi, tak tau la samada berkesan atau tak.. hehehe.. Just try.. Sesapa yang tau camne cara nak tambahkan berat badan? Share share la sikit ye... Bye! 

Tuesday, 16 October 2012

Rindu...

Assalamualaikum..

Waaaaa! Rindu nya.. huhuhu.. 

Korang kalo rindukan seseorang menangis tak?? tak de mood kn?? Aku pon camtu juga.. Aku rindu sangat kat diorang.. Bila aku hitungtolakdarabbahagipecahan semua adalah dalam 1 bulan 6 hari aku tak jumpa diorang.. Aku rindu sangat.. sesangat sangat.. Aku dekat sini, diorang dekat sana.. Jauh berkilokilo batu.. Jalan kaki tak kan sampai.. Cuba korang jalan kaki dari sarawak ke semenanjung, boleh sampai tak? huhuhu

Raya Haji nanti beraya la aku sesorang kat sini.. Sedih lagi! tak shukenya! :'( First time ni aku beraya sesowang.. Mesti korang cakap aku anak manja kan.. Chop! sebelum korang nak kata apa apa aku sememang nya anak manja.. huhu.. 


Gambar adik laki tak ada.. Maaf ye sebab gambar anda sangat buruk... Melompat bagai.. haha.. Kena crop la.. weekkk



Sedey lagi.. :'( Rindu juga budak kecik di atas ni.. Suka betul nyakat dia.. Baru baru ni col amboi bukan main lagi petah bercakap.. Ada je yang dia dok cakap.. Pandai merajuk juga macam kakak nya ni.. hehehe.. Bye!


Sedey lagi!!!


huhuhuh

Saturday, 13 October 2012

Sampai sudah..

Assalamualaikum..

Akhirnya.. Sampai jugak kotak sakti ni.. hehehe.. Double suka..! Terima kasih mama sebab belikan, abah juga sebab post kan untuk kakak dan adik adik ku kena mention jap g baca sentap pulak.. kan kan.. sebab bersusah payah post benda ni.. Mama dan abah, anakmu ni memang duduk jauh kan.. Maka, terpaksa la anda berdua menghantar dengan menggunakan pos laju.. Maaf menyusahkan..

Sesungguhnya dengan menggunakan pos laju, barang yang dihantar cepat sampai.. Ya! Ini buktinya.. Semalam (jumaat) diorang baru post.. Maybe dalam pukul 11 lebey pagi.. Pada hari ini, sabtu barang dah sampai.. Terima kasih pakcik post.. Maaf menyusahkan anda terpaksa naik hingga ke tingkat 4.. Tapi bukan pakcik tu naik.. Telefon je "nak(anak) turun bawak boleh sik? Pakcik sik larat naik atas.. Baiklah.. Saya turun, pakcik tunggu ye" Sambil berlari lari anak.. Aku memang seorang yang sangatsangat baik hati..



ini lah kotak sakti yang di hantar oleh kedua orang tua ku.. 

Bajet tinggal di oversea.. Sekadar tinggal over the sea je pon.. huh! Apa ye yang diorang hantar..?

Nah! Amek kaw! berpinar pinar mata



whaooo! terbeliak terkedu semua ada la.. banyak nya.. makan untuk berapa bulan ni?? Simpan sampai Deepavali ke?? Ini tandanya seorang ibu mau anaknya bertambahtambah membesar.. Sayang la mama.. Jangan sampai aku balik semenanjung nanti semua dah tak kenal.. hehehe.. Megi ruski wajib oo, sebab dekat sini tak ada megi tu.. Jenuh la aku mencari.. Alamak! Lupa la pulak suruh post roti gardenia.. Sini pon tak ada roti tu.. huhuhu

nota kaki : : Nanti suruh mama post roti ni pula bole tak? Kalau adik ku ada baca entry ni.. Plesss! Bye!






Friday, 12 October 2012

Bila Student dah Tension....

Assalamualaikum




Ambik kau.. nk gado ke apa ni?? ni la student student yang aku kira dah tension dengan asignment bagai.. Waktu nak melepaskan geram.. Eeeeeiiiyaaakkkk!


Memang semangat betul bebudak ni main pingpong.. Dalam fakulti pon jadi kan! Aku yang tengok pon hanya mampu ketawa.. Tapi dalam hati "Cepat la main, aku pon nak jugak.." 





Nah seketul gambar aku sebesar besar alam aku kasi.. Ni la budak yang tak sabar nk smash bola.. Ingat badminton ke cik kak oiii... 

Adat la kan orang cakap kalau dah jadi student macam macam perasaan yang ada.. Marah, gembira, tension, ahhh macam macam lagi la.. Dengan report, asignment, presentation, kuiz, test tak termasuk final exam lagi.. Pecah kepala otak..

Kalau dah habis belajar nanti mesti rindu time time macam ni kan.. Bye!





Thursday, 11 October 2012

Diet : : KFC Zinger Double Down

Assalamualaikum

Sesi men'diet' telah bermula.. Mari kakakadikabangmakcikpakcikmaksedarapaksedara semua.. Dah rasa ke KFC Zinger ni?? Amacam? Sedap kah atau sebaliknya? 

Bagi aku, burger baru ni memang sedap la.. Masuk dengan selera aku.. Yela aku ni kurang sikit kalau burger tak ada roti.. Eh! Ada ke burger tak ada roti? Pakcik depan rumah aku pon jual semua burger ada roti.. Burger ni boleh dikatakan lain dari yang lain la.. Motif? Sebab tak ada roti yang terletak cantik atas ayam tu? Sudah sudah.. Aku dah mula melalut sampai ke semenanjung.. *tetiba


Nyum nyum.. 


Tetiba terliur.. Awak!! saya nak makan burger tak ada roti ni lagi.. plessss! i'm begging you..! 

Sesiapa yang belum cuba ni.. Cuba cuba la.. Kalau nak cik syima yang baik hati ni belanja, mari ke Sarawak.. Karpet merah lagi cik syima sediakan.. hahaha.. Bye!


Wednesday, 10 October 2012

Jangan Belit Aku

Assalamualaikum

Ayat nak gempak je kan.. Semalam aku mimpi kena belit dengan ular.. Wei takut! Aku minta tlong ayah aku, tapi ayah aku tak boleh tolong.. Waaaaa! "Abah, kakak nak balik". Eh! Tetiba je kan.. 

Tetiba yang ular ni nak masuk dalam mimpi aku pesal pulak.. Siap berbelit belit aku pulak.. Kan best kalo mimpi kena patuk dek ular ke.. Ada la juga yang nak masuk meminang.. Hahaha.. Amboi syima ni mimpi pon nk berminta minta jugak ke..

Mungkin aku rindu sangat kat family aku.. Dah la aku tak dapat nak balik time cuti nanti.. Aku nk balik semenanjung, nak jumpa diorang.. Ini memang rindu tahap gila punya. Asal kebelakangan ni aku asyik mimpi yang pelik pelik.. Sampai nangis bagai? Orang cakap bukan aku yang cakap mimpi ni mainan tidor.. Ada yang mimpi indah indah duapuluhempatjam ada pulak yang mimpi menakutkan tigaharitigamalam..

Moral of the story : : Tidor nanti basuh kaki ye.. Jangan nampak katil main redah je.. Doa tidor ke mana apa kemana.. Bye!

Tuesday, 9 October 2012

Special Header

Assalamualaikum

Straight to the point je la.. Baru je balik dari kelas on lappy terus wat header untuk kawan kawan adik. Macam ramai kan syima! *dush dush..  Maklum la.. Kalau kerajinan tu datang cepat je kan buat.. Kalau kemalasan melanda berhari-hari baru nk siap walaupun benda simple.. Teruk benor perangai nya.. Ikut angin..



nah setempek gambar header adikku yang cun melecun.,



diikuti cik shidah kita. Maaf ye wat header pon cincai cincai je.. 



ini pula cik mimi kita. 


Bila di tengok tengok balik macam ada yang tak kena je dengan header header ni.. Emmm.. Okey!! Semua header WAJIB warna pink tau! Maklum la tuan punya belog ni sukaminatcintataksubsegalabagaila dengan warna merah jambu.. Bye!


Sunday, 7 October 2012

Jelebu

Assalamualaikum

Uhuk uhuk uhuk... Cuaca kat Sarawak ni agak tak elok.. Dengan jelebu, tak ujan lagi adoiii panas betul! huhu.. Pagi2 bangun tengok kat luar memang terkejut abis la.. Tak nampak apa pon.. Yang nmpak pon hanya ketulan ketulan asap jelebu yang banyak..


Tengok tengok kalo korang tak percaya.. Betapa banyak nya ketulan ketulan asap ni.. 



Kena banyak minum air masak ni.. Mask?? Memang tak pakai la.. Tak comel la nnti.. hahaha.. 

Moral of the story : : Jangan keluar rumah.. Kalau camtu kelas pon takyah g la kan... pemalas. Bye!





Saturday, 6 October 2012

Diet : : Nasi Ayam Penyet The Spring

Assalamualaikum

Sesi men "diet" telah bermula.. Jom kita ramai2 pakat terjah food court The Spring. Terletak nya di Sarawak.. Ayam Penyet dekat sini boleh boleh la.. Masih boleh diterima tekak ni.. Ayam nya sedap. Lemak berkrim disukai ramai. Sambal nya rasa sambal nasi lemak.. Not bad la..


Sementara menunggu nasilemak  ayam penyet ni try dulu la aiskrim.. Agak sedap.. Coklat Oreo.. Snownya aiskirm perisa susu.. Nyum nyum. Love it!


Rupa tak melambangkan kesedapan nya.. Apa yang aku dh merepek ni.. Ni je la yang nk diceritakan.. Bye!