Saturday 10 November 2012

Gila Running Man!

Assalamualaikum....

Sekarang bukan main la kan, semua nak gila.. Bukan aku sowg je, boleh dikatakan semua yang aku kenal layan Running Man ni.. Aku dari tak layan cite ni terus aww!!! gilerrrr dahh.. Nampak tak kegedikan aku situ.. hahaha Blog aku tak ber"update" disebabkan cerita ni la, ada masa lapang je aku layan Running Man.. Tu salah satu faktor blog aku ni dah lama tak update.. hehe..

Macam mana aku boleh layan cerita ni pon aku tak tahu, tetiba je kot.. haha.. Tapi siyes la memang best Running Man ni.. Kepada orang orang yang tak minat Korea ni aku tak tahu la, mungkin bagi diorang diorang semua Running Man ni tak best.. Lain orang lain minat nya.. Macam aku minat Korea, tapi tak la sampai fanatik tahap gila gila.. 




Aku suka "Monday Couple" diorang ni.. Ji Hyo and Gary.. Shweettttt sangat.. Tak percaya korang tengok la sendiri.. 

Layan video ni sekejap...


Bye!




Sunday 4 November 2012

Mari Mari Siapa Mahu!!

Assalamualaikum...

Straight to the point la, sekarang kan aku dok kat sini sarawak.. So, hari hari la aku sntiasa makan kek lapis.. Tak kira waktu, teringin je broommm moto.. Destinasi dayang saliha kek lapis.. Kalau dulu, bukan main payah lagi, teringin nak makan kek lapis mesti tertunggu tunggu sape la yang nak ke sarawak tu boleh la kirim.. Sekarang tak lagi.. hehehe..

Macam macam jenis kek lapis aku dah rasa, tapi yang terbaik buat masa ni dragon cheese sama cadbury cheese.. Dragon cheese tu kalo makan cair dalam mulut terus.. nyum nyum.. Tak percaya nanti rasa la kalo mahu.. hehehe.. Cadbury cheese tu memang betul betul coklat cadbury yang anda makan hari hari tu.. ^_^


mempersembahkan!!!







Chocolate cadbury

Aku balik semenanjung akhir bulan 1, time tu boleh la borong bebanyak bawak balik.. Kalau korang teringin, nak aku tolong belikan, InsyaAllah aku cuba.. ^_^ tengok betapa baiknya hati aku.. hehe

Bye!

Friday 2 November 2012

Cerita Dari Hati..

Assalamualaikum...

Cuti midsem di sini agak membosankan.. Pagi petang siang malam nonton korea+running man+makan+tidur.. Study?? Memang pegang buku pon tak, update blog lagi la.. Bersawang terus blog ni.. Semua ni gara-gara tak dapat balik semenanjung la kot.. Siang malam asyik rindukan family je.. Hari-hari col diorang, pastu suruh adik-adik menyanyi lagu najwa latif, Sahabat.. Motif?? Mungkin sebab time aku duduk rumah diorang asyik nyanyi lagu tu.. So, bila aku duduk sini, sunyi je.. Tak ada dengar suara riuh rendah diorang..

Semalam hari jadi mama, aku hanya dapat col dan ucap je.. Selalu kitaorang adik beradik akan wat suprise.. Makan ramai ramai satu family, tapi semalam aku tak dapat.. Sedey.. menitik dah air mata.. huhuhu.. Aku kat sini asyik tak sihat je.. Kalau aku ada dengan diorang mesti dah dipicit nya kepala aku.. Aku kena la terpaksa bedikari.. Aku kan anak sulung.. Okey.. Nak sedapkan hati sendiri..

Lepas ni kalo cuti aku mestiwajib balik semenanjung.. Habiskan masa dengan family.. Bila dengan family semua masalah akan hilang, tengok muka mama abah automatik mesti hati ni lega+senyum..

 Mama.. SELAMAT HARI JADI.. kakak doakan mama panjang umur dan sentiasa tersenyum+berbangga dengan anak anak mama.. kakak rindu mama sesangat sangat.. Abah.. Terima kasih sebab sentiasa bersusah payah untuk anakmu yang jauh ni.. Sentiasa telefon tanya khabar, bagi semangat+nasihat.. InsyaAllah kakak ingat semua tu.. Kakak sayang semua.. ^_^