Saturday, 9 May 2015

Luahan hati yang nak meletop!

Assalamualaikum...

Payah sungguh la nak faham ko ni wahai tettttt... Tak tau la apa masalah ko yg sebenarnya.. aish! Tak cukup kasih syg ke apa nii???? Umur makin lanjut okey? Bukan nya makin muda.. Perangai tu mengalahkan adik aku jee.. Saja bikin waa stress kan? 

Kalau ko nak stress sbb asgnment, bf or whatever, please please jangan nak lepas dekat org bole? Ingat org suka nak layan perangai ko camtu? Puiiihh... Haaa.. kan dah marah... Aku ni ssh tau nak benci benci org, tp disebabkan perangai ko camnie.. Aishh.. Astagfirullahaladzim..

Sabar syima sabar.. Tak payah layan org bermuka camtu. Buat sakit hati , jiwa, mental dan fizikal je.. hahahaha.. Ko marah camne pon dah tu mmg sifat n sikap yang dia tak bole nak ubah nak buat camne kan? Fon ni pon satu, yang jatuh atas muka pehal? Hahaha.. Sakit tau! Okey okey.. DIA marah la tu ko dok kata org.. Istighfar syima.. ^_^

Lepas ni mmg aku abaikan je ko tu, buat macam tak wujud. Aku rasa la kan kalo kita camnie lagi bagus. Takde la aku nak terasa dgn ko and takde la sakit mata aku nengok perangai ko yang tak semegah tu.. 

Maaf la ye. Hati ni dah tak dapat nak tahan nak meletop. Aku manusia biasa yang punya perasaan.. Setahun kot aku layan perasaan ni sorang. Hahaha. Lega sikit ni. Dah bole senyum and lupakan semuanya. Yeay!!!!

Wednesday, 6 May 2015

Langkawi!

Assalamualaikum...




#trowbacksangatni

Nanti ada masa bole la update pasal ni pulak. Ini cerita gila yang aku and adik aku buat. Hahaa.. 

Gunung Santubong

Assalamualaikum...

Akhirnya! Dapat juga aku daki gunung santubong ni. Before ni asyik batal je sebab kemalasan yang teramat amat.. hahaha. Ikutkan plan ada 11 org nak join, tapi last last minit bole pulak diorg batal. So, 1 kete je kita redah bersamaan 6 org.. haha 

First time nak daki ni kitorg redah je. Dengan takde guide dari sape just redah. Time tu perasaan excited bukan main lagi. Sape yang tak excited ye dak? Gunung santubong tu.. fofular okeyyyy.. hahahaha


Pukul 8.30 pagi kita mulakan pendakian kita. Yeay! Panaskan badan sikit baru kita bole start, yela takut takut japg dekat atas tu kaki crame udah camne. 


Time ni masih excited lagi, rasa seronok sangat dapat masuk hutan dapat tengok pemandangan cantik cantik dari atas tu. Sempat lagi posing sana sini sebab excited.. haha.. 


Tengok! Sempat lagi selfie selfie time ni dengan muka senyumnya. Tak fikir lagi cabaran yang akan ada dekat depan tu haa.. SIkit je lagi. huh! -_-



Sampai ke checkpoint keberapa ntah jalan dah mencabar sangat2! Kena panjat tangga tangga yang bergoyang ni ha.. Kalau nak naik WAJIB sorang sorang sebab salah panjat mau jatuh atas orang bawah. Dengan goyang goyangnya macam naik titi. Fuh~ 




Tepat jam 12.30 kami semua sampai la puncak gunung santubong. Sampai sampai tengok pemandangan dia LAWANYA!!!!! Hilang kejap penat tp lamanya kan sampai! Lama pon sebab banyak kali rehatnya sebab mencabar sgt! 

Tapi naik gunung okey lagi dari turun!!! Sebab time nak turun tu nak nangis! Gayat+tinggi+sakit kaki oiiiii... Kan best kalo boleh petik jari je pap! sampai dah bawah.. Fine imagine je bole time ni! Nangis sambil tutup muka.. huhuhuhuhuu... !_!

Ni je la satu satunya gambar yang aku tangkap time nak turun. Tak larat oiii.. Nak jalan pon dah malas ni kan nak buka beg, ambik fon.. Lagi banyak keje tu+akan memenatkan lagi.. hahahha.. Time turun ni takde dah nak berdiri diri, aku gelongsor je macam naik papan gelongsor tu. Senang! Hahaha.. 

Btw aku tak nyesal langsung panjat gunung santubong ni, tapi maybe nak naik lagi sekali tu memang kena betul betul prepare dari segi mental dan fizikal. Mana bole redah dah.. hahaha. Alhamdulillah sepanjang perjalanan ni cuaca baik baik je, tak hujan langsung. Sejuk je, maklum lah dalam hutan kan. Balik rumah abis kaki aku lebam lebam + esoknya memang aku jalan pon dah macam penguin. hehehe

Wasalam! ^^