Monday, 20 January 2014

Sick..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah 17.1 selamat sampai semenanjung.. Perasaan? Bukan main seronok, macam nak lompat lompat je.. haha.. Almaklum lah, dah berapa bulan tak balik kan.. :)

Setiap kali sampai rumah mesti+wajib tak sihat.. Aisehh., geram ahhh.. Tapi kali ni balik lain pula.. Kulit bukan main kering+mengelupas.. Pasai apa ehh? Emmm.. tp ipoh ni memang panas. Panas angin pon kurang.. emmm.. last last demam trus.. siyes tak suka bila demam.. huhu

Kali ni balik jugak bosan teramat.. Bila adik adik dah takde kat rumah, yela sorg dah kawen sorang lagi dah g rekrut.. Sorang sorang la dekat rumah.. Takde kawan nak hangout sesama.. Sedihh.. huhuhu.. Before ni kalo keluar wayang, boling, karok ada peneman setia setiap kali keluar.. Kali ni? Emmm.. Nak keluar pon mood talak.. 


Emmm...




Sedih+bosan! 






Tersangatttt!








Adios.. ! :)


Wednesday, 15 January 2014

Kehidupan

Assalamualaikum...

Lately ni macam macam yang berlaku. Kadang-kadang perasaan takut, gelisah semua ada. Akhir-akhir sem ni macam macam pulak yang berlaku tak macam sem lepas lepas okey je, satu satu masalah yang dtg. Mungkin ni semua dugaan dari-Nya untuk kita lebih bersyukur dengan segala nikmat yang DIA dah bagi.. InsyaAllah..

Peperiksaan untuk semester ni dah nak habis. Tinggal lagi 2 hari je, then aku bole balik semenanjung untuk lepaskan segala benda yang ada dalam otak aku.. Runsing sangattttttttttt! Jumpa family, mama abah adik adik semua masalah confirm akan hilang. Tak sabar! Macam macam cerita yang nak dikongsi dengan diorang semua.

Baru beberapa hari yang lepas kecoh dengan student hilang. Lama jugak student tu hilang. Macam-macam cara dah dibuat, alhamdulillah jumpa jugak setelah 9 hari dia hilang. Tapi........ Allahuakbar, hanya jasad dia yang dijumpai terkaku. Apa yang terjadi pada pelajar tu hanya DIA yang tahu. Kita sebagai manusia hanya mampu berdoa semoga rohnya diredhai dan tenang di sana dan semoga kita yang hidup ni dipanjangkan umur dan melakukan perkara perkara yang diredhai. InsyaAllah





Sunday, 12 January 2014

Mood kelaut!

Assalamualaikum..

Ari ahad bersamaan hari kedua stay rumah tanpa roomate.. Bosan bak hang! Apa yg nak buat pon tak tau.. Esok exam, tapi mood nak study melayang layang dah ke semenanjung.. Tak sabar nya!!! Dugaan betul paper last last ni.. aigoo..

Semalam hantar kengkawan balik, nampak belon je hati ni dah dup dap dup dap.. Rasa macam ceq yang nak balik.. Sebak je tengok kengkawan masuk balai berlepas, terlebih pulak pompuan ni.. hahaha.. 

Nape la sem ni balik lewat sangat.. Before ni, syima la orang pertama sekali balik.. Tapi sem ni? Orang terakhir terus.. Apa yang aku merepek ni? Arghhh... Maaf ye mood idea semua dah tunggang terbalik.. Lain yang nak cerita lain yang ditulisnya..


Tunggu naa.. tinggal berapa hari je lg nak blk.. yahoo! Excited terlebih pompuan ni. Tak bole nak layan sangat.. hahaha

Adios! 

Wednesday, 1 January 2014

Selamat Tahun Baru

Assalamualaikum..

Dah la ak update, ni semua disebabkan kemalasan yang dah melanda diri ni. Alhamdulillah, masih dipanjangkan umur dan dapat meng'update' kan blog ni walaupon masih ada perasaan malas tu.

Dikesempatan ni syima nak ucapkan selamat tahun baru kepada semua. Selamat datang tahun 2014 dan selamat tinggal untuk tahun 2013. Semoga tahun lalu semua azam kita terlaksana. Banyak suka duka pada tahun 2013. Aishh.. bertambah lagi la angka umur syima ni ha.. aigoo... hehehehe

Untuk tahun baru ni syima harap semoga kehidupan syima lebih bermakna dan semakin matang untuk buat apa jua keputusan.. InsyaAllah.. doa-doakan la.. Kita ni manusia biasa, kadang-kadang ada jugak buat salah dan silap tanpa kita sedar.