Wednesday, 15 January 2014

Kehidupan

Assalamualaikum...

Lately ni macam macam yang berlaku. Kadang-kadang perasaan takut, gelisah semua ada. Akhir-akhir sem ni macam macam pulak yang berlaku tak macam sem lepas lepas okey je, satu satu masalah yang dtg. Mungkin ni semua dugaan dari-Nya untuk kita lebih bersyukur dengan segala nikmat yang DIA dah bagi.. InsyaAllah..

Peperiksaan untuk semester ni dah nak habis. Tinggal lagi 2 hari je, then aku bole balik semenanjung untuk lepaskan segala benda yang ada dalam otak aku.. Runsing sangattttttttttt! Jumpa family, mama abah adik adik semua masalah confirm akan hilang. Tak sabar! Macam macam cerita yang nak dikongsi dengan diorang semua.

Baru beberapa hari yang lepas kecoh dengan student hilang. Lama jugak student tu hilang. Macam-macam cara dah dibuat, alhamdulillah jumpa jugak setelah 9 hari dia hilang. Tapi........ Allahuakbar, hanya jasad dia yang dijumpai terkaku. Apa yang terjadi pada pelajar tu hanya DIA yang tahu. Kita sebagai manusia hanya mampu berdoa semoga rohnya diredhai dan tenang di sana dan semoga kita yang hidup ni dipanjangkan umur dan melakukan perkara perkara yang diredhai. InsyaAllah





No comments:

Post a Comment