Tuesday, 20 March 2018

Welcome 2018

Assalamualaikum..

Welcome 2018, semoga dipermudahkan segala urusan untuk tahun ni.  Target nak kawin, insyaAllah tahun ni ditunaikan.  Semoga dipermudahkan ye syima.  😊😊

Kadang2 apa yg kita tak pernah terpkir,  mungkin terjadi.  Sama kes dengan apa yg aku alami skrg ni.  Tak pernah duga benda ni akan jadi.  Sebab apa yang aku nak,  kadang2 tak dapat.  And apa yang aku tak pernah terpikir akan dapat,  tu yang aku dapat.  Mungkin tu yang terbaik buat aku.  Kita tak boleh tolak kan.  Terima dengan hati yang terbuka.

Makin matang sesorg tu,  makin banyak benda yang dipikirkan dalam hidup ni.  Aku sendiri macam tu.  Tapi aku tak tau la aku ni dah makin matang atau buat2 matang.  Hahahhaa. Kadang2 macam budak2 jugak,  kadang2 macam makcik2. 😆

Bila dah start menulis,  mula la nak membebel yang bukan bukan.  Dah la syima.  Hahaha. InsyaAllah macam2 akan berlaku tahun ni.  Aku dah nak berlaki, hahahahhaha.  InsyaAllah kalau tak ada apa apa halangan lepas raya aku akan mendirikan rumahtangga dengan orang yang aku sendiri tak expect akan jadi laki aku.  See!  Benda yang aku tak pernah terpikir dengan orang yang aku sendiri tak terpikir.  Aku terima dia. Sebab?  Biarlah rahsia untuk sementara.  Dah sah dia jadi laki aku. Maybe aku akan cerita.  Hehehehe.

Banyak sebenarnya aku nak bercerita ni.  Tapi nantilah.  Kalau ada masa lagi aku update ye?  At least bila aku terbuka balik blog ni and terbaca aku boleh gelak sendiri.  Adios.

Saturday, 21 January 2017

I'm back

Assalamualaikum

Finally,  i'm back.  Heee.  Dah brapa tahun menghilangkan diri.  Skrg dah muncul balikk.  😀😀. Banyak yang jadi sepanjang tahun ni.  Skrg dh masuk 2017. Cepatnya masa berlalu.  Ni pun nasib baik la ingt lagi nama blog pasword bagai.  


Saturday, 9 May 2015

Luahan hati yang nak meletop!

Assalamualaikum...

Payah sungguh la nak faham ko ni wahai tettttt... Tak tau la apa masalah ko yg sebenarnya.. aish! Tak cukup kasih syg ke apa nii???? Umur makin lanjut okey? Bukan nya makin muda.. Perangai tu mengalahkan adik aku jee.. Saja bikin waa stress kan? 

Kalau ko nak stress sbb asgnment, bf or whatever, please please jangan nak lepas dekat org bole? Ingat org suka nak layan perangai ko camtu? Puiiihh... Haaa.. kan dah marah... Aku ni ssh tau nak benci benci org, tp disebabkan perangai ko camnie.. Aishh.. Astagfirullahaladzim..

Sabar syima sabar.. Tak payah layan org bermuka camtu. Buat sakit hati , jiwa, mental dan fizikal je.. hahahaha.. Ko marah camne pon dah tu mmg sifat n sikap yang dia tak bole nak ubah nak buat camne kan? Fon ni pon satu, yang jatuh atas muka pehal? Hahaha.. Sakit tau! Okey okey.. DIA marah la tu ko dok kata org.. Istighfar syima.. ^_^

Lepas ni mmg aku abaikan je ko tu, buat macam tak wujud. Aku rasa la kan kalo kita camnie lagi bagus. Takde la aku nak terasa dgn ko and takde la sakit mata aku nengok perangai ko yang tak semegah tu.. 

Maaf la ye. Hati ni dah tak dapat nak tahan nak meletop. Aku manusia biasa yang punya perasaan.. Setahun kot aku layan perasaan ni sorang. Hahaha. Lega sikit ni. Dah bole senyum and lupakan semuanya. Yeay!!!!

Wednesday, 6 May 2015

Langkawi!

Assalamualaikum...




#trowbacksangatni

Nanti ada masa bole la update pasal ni pulak. Ini cerita gila yang aku and adik aku buat. Hahaa..