Wednesday, 2 January 2013

Perlu ke jadual waktu???

Assalamualaikum..

Asyik tertunda je cerita ni, kali ni aku nk bercerita la.. Bukan cerita cinta ke hantu ke apa.. Tapi cerita aku terpaksa tinggal di Sarawak ni tanpa pulang ke kampung halaman iaitu Ipoh, Perak.. Kampung kah itu? Mungkin la! hahaha.. Dah lama ooo aku tak balik semenanjung.. Kalau dihitungtolaktambah semua dah beberapa bulan la.. Rindu tahap gila gila punya.. Tak percaya? Tak kesah pon..

Bila kena tinggal jauh jauh macam ni, terpaksa la terpaksa lagi aku berdikari.. Dari kemas rumah, cuci segala pakaian, kemaskemas bilik, memasak.. Dah la aku ni kalau bab bab masak ada je alasan.. hahaha.. Tapi okey la tu kan, lepas dah ni kalo nak kawen! yeaayyy!!! doubleclap!!! hahaha..


Nah amek setempek..!


Jadual waktu buang sampah.. Korang ada?? haha.. Mesti tak ada kan.. Aku tau korang korang yang baca ni mungkin penah buat la.. Tak kan hari hari muka yang sama je buang sampah.. Orang lain pon makan jugak.. Nanti orang cop tukang buang sampah pulak kan.. Jatuh saham! haha.. Melampau la kalo orang yang sama je kan! Nimakandia.. hahaha..


Kalau bab bersihkan rumah paling la aku malas buat, tapi kan aku tetap buat.. Yela duduk serumah kena la tolong menolong.. Aku bukan malas nak kemas sebenarnya, tapi hidung aku ni degil! Setiap kali kena habuk mula la my selesema coming! Sumpah aku tak suka okey! Satu rumah okey kena kemas.. Diulang satu rumah! Sesorang pulak tu.. It's okey bagi aku.. *mata ke atas

Alhamdulillah, budak budak rumah ni semua okey okey.. Boleh masuk kepala.. Almaklumlah, aku ni penyegan sikit nak huhahuha.. Tapi ngan diorang aku boleh join.. InsyaAllah sem depan aku masih stay dengan bebudak ni.. Nanti aku kenalkan diorang sorang sorang..

Bye!





1 comment:

  1. Waaaaaaa :O siap denda lagi >.< takodnye . heee

    ReplyDelete