Friday, 19 October 2012

Busy Busy... Arghhhh!

Assalamualaikum...

Tengah aku dok study untuk test pukul 7.30pm kejap lg, tetiba bole pulak aku nak update belog.. motif?? Ini nama nya aku dah tension dok mentelaah teori yang memeningkan kepala aku..  Rasa nak pecah je dok menghafal bagai ni...

Raya Haji dah tak lama, semua orang packing packing barang nak balik.. Aku yang kat sini, termenung termenung dan terus termenung sebab aku tak balik.. Hanya mampu melihat je.. :'( 

Sebelum nak cuti tu, memang aku kat sini busy part ni memang aku tak suka.. Asignment belambak lambak, dengan kuiz lagi, yang paling penting midterm.. Adoii, yang ini entah la macamne.. Nak cuti sem je mesti ada midterm, tapi bagus la juga kan, bole la cuti seminggu tu tanpa pikir midterm dan yang lain lain tu.. Yeay!! tak sabarnya..!

Cuti ni aku tak decide lagi nak jalan jalan mana.. Aku ikut drebar aku je, dia nak bawa aku g mana.. Kat Sarawak ni apa tempat yang best ye? Tanya pakcik google kemain lagi semua tempat jejauh.. Tak ada yang dekat, tapi macam nak g Pantai Lundu.. Best ke idok ye... 


Bye!

Wednesday, 17 October 2012

Dibuli Sehingga Bunuh Diri

Assalamualaikum..

Jejalan sana sini, tiba tiba ternampak post/entry dari blog mana ntah.. Lupa sudah, itu tandanya aku banyak ber blogwalking.. acecechh.. Kisah ni berlaku bukan dalam negara kita, tapi luar negara.. Ada seorang gadis berusia 15 tahun, Amanda Todd didapati membunuh diri pada 10 October lalu.. Sebelum kematian nya, dia sempat memuat naik sebuah video di Youtube dengan menceritakan apa yang berlaku pada dirinya..

Malas la aku nak bercerita, tengok ni...


p/s : : nak dengar dengan lebih jelas sila lah tekan || atau pause di lagu tu.. harap maklum.. bye!




Misi telah bermula......

Assalamualaikum...




Misi aku untuk menambahkan berat badan telah bermula.. Wah.. Kemain ye engkau syima.. Aku bukan nak gemok.. Sekadar menambah lemak lemak supaya berat badan aku normal.. Standard la kan, bila orang kurus minta jadi berisi dan sebalik nya..

Mulai dari hari ni saat ini, hari hari setiap pagi aku nak minum susu+coklat ni.. Tapi, tak tau la samada berkesan atau tak.. hehehe.. Just try.. Sesapa yang tau camne cara nak tambahkan berat badan? Share share la sikit ye... Bye! 

Tuesday, 16 October 2012

Rindu...

Assalamualaikum..

Waaaaa! Rindu nya.. huhuhu.. 

Korang kalo rindukan seseorang menangis tak?? tak de mood kn?? Aku pon camtu juga.. Aku rindu sangat kat diorang.. Bila aku hitungtolakdarabbahagipecahan semua adalah dalam 1 bulan 6 hari aku tak jumpa diorang.. Aku rindu sangat.. sesangat sangat.. Aku dekat sini, diorang dekat sana.. Jauh berkilokilo batu.. Jalan kaki tak kan sampai.. Cuba korang jalan kaki dari sarawak ke semenanjung, boleh sampai tak? huhuhu

Raya Haji nanti beraya la aku sesorang kat sini.. Sedih lagi! tak shukenya! :'( First time ni aku beraya sesowang.. Mesti korang cakap aku anak manja kan.. Chop! sebelum korang nak kata apa apa aku sememang nya anak manja.. huhu.. 


Gambar adik laki tak ada.. Maaf ye sebab gambar anda sangat buruk... Melompat bagai.. haha.. Kena crop la.. weekkk



Sedey lagi.. :'( Rindu juga budak kecik di atas ni.. Suka betul nyakat dia.. Baru baru ni col amboi bukan main lagi petah bercakap.. Ada je yang dia dok cakap.. Pandai merajuk juga macam kakak nya ni.. hehehe.. Bye!


Sedey lagi!!!


huhuhuh